icon-search

JERAGAT

JERAGAT

APA ITU JERAGAT DAN PUNCANYA

Apa itu Jeragat ?

Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, pipi, hidung, dan kawasan sekitar mulut. Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata. Bagi mereka yang berkulit cerah, kebiasaannya tompok jeragat akan berwarna coklat manakala mereka yang berkulit gelap pula akan mendapat tompok yang berwarna hitam. Kadangkala, saiz jeragat yang kecil ini akan kelama-lamaan membesar kemudiannya bercantum dengan jeragat yang lain dan akhirnya memenuhi setiap ruang di wajah anda. Ini menyebabkan wajah anda kelihatan tidak menarik dan gelap.

Punca Jeragat berlaku ?

Adalah sangat penting untuk kita tahu apa punca jeragat mula tumbuh kat muka. Bak kata pepatah, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

1) Terdedah kepada sinaran matahari

Seperti yang kita semua ketahui sinaran matahari akan mengeluarkan sinaran Ultraviolet (UV). Sinaran UV terdiri daripada tiga jenis :

Ultraviolet A – Cahaya ini adalah cahaya yang paling banyak dalam matahari, ia mampu menembusi lapisan kulit atas dengan mudah. Cahaya UV A akan menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu penyambubg seterusnya menyebabkan masalah kulit kulit serta punca terjadinya jeragat dan yang lebih teruk kanser kulit.

Ultraviolet B – Cahaya ini adalah kurang berbanding UV A kerana UV B kebanyakannya telah diserap oleh lapisan ozon. Cahaya UV B ini akan menyebabkan kulit menjadi terbakar atau sunburn.

Ultraviolet C – Cahaya ini merupakan yang paling berbahaya terhadap kulit. Tetapi jangan risau kerana cahaya ini tidak sampai ke bumi disebabkan diserap oleh lapisan ozon.

2) Perubahan Hormon

Perubahan hormon juga boleh menjadi punca jeragat bermaharajalela di wajah. Mengandung, melahirkan, menyusukan, mengambil pil perancang, dan sesetengah ubat-ubatan adalah punca berlakunya perubahan hormon dalam badan. Pil perancang kehamilan merupakan salah satu punca terjadinya jeragat. Pengambilan pil ini amat jelas diperkatakan sebagai punca terjadinya jeragat walaupun seseorang itu tidak mempunyai sejarah di dalam keluarga yang mengalami jeragat.

3) Penggunaan Kosmetik

Penggunaan kosmetik yang berbahaya dan tidak sesuai dengan kulit akan menyebabkan kulit menjadi jeragat. Bahan-bahan terlarang yang digunakan boleh menyebabkan kerosakan kulit kepada pemakai.

4) Keturunan

Tahukah anda, jeragat merupakan salah satu masalah kulit muka yang berpunca dari faktor keturunan. Kalau ibu anda mengalami masalah jeragat, kemungkinan besar anda juga akan mengalami masalah yang sama. Oleh itu, sila alert dengan punca jeragat yang lain dan cuba elakkan.

5) Usia

Semakin kita berusia, semakin tinggi risiko untuk jeragat tumbuh dimuka. Biasanya jeragat akan mula tumbuh pada usia awal 30an, tapi ada juga yang mula berjeragat seawal hujung 20an. Apa yang boleh kita buat bila umur mencecah 30an? Pastikan kita rajin. Jangan culas untuk buat rutin harian penjagaan kulit muka seperti yang kami ceritakan kat atas tadi. Penggunaan produk anti penuaan juga sangat membantu.

6)Persekitaran Yang Tercemar

Pada zaman ini alam sekitar kita tidak lagi bersih seperti sepuluh tahun yang lalu. Udara kotor. Lapisan ozon semakin nipis. Percemaran dari asap, dan debu. Setiap kali kita keluar rumah, kulit wajah akan terdedah kepada segala macam kotoran.

Pendedahan kepada segala macam kotoran akan menyebabkan peningkatan radikal bebas dalam badan. Radikal bebas akan menyebabkan kulit muka rosak & berlakunya masalah jeragat.

Solusi Terbaik Merawat Jeragat

Type of Skin Final (Amend)-05


Ramai yang telah berjaya miliki kulit wajah diinginkan selepas menggunakan Bougas Beauty


SAPU2 JER DAH CANTIK (6) SAPU2 JER DAH CANTIK (5)

SAPU2 JER DAH CANTIK (3) SAPU2 JER DAH CANTIK (2)

Jom dengar apa kata mereka yang telah menggunakan Bougas Beauty




Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping