
APA ITU PARUT JERAWAT DAN PUNCANYA
Apa itu Parut Jerawat ?
Parut jerawat adalah kesan sampingan proses penyembuhan jerawat. Masalah ini susah dielakkan dan hampir setiap individu akan atau telah mengalami masalah parut jerawat. Jenis parut yang dibentukkan ditentukan oleh jenis jerawat dialami, serta cara jerawat dijaga pada permulaan.
Jenis Parut Jerawat
1)Parut atropik atau tertekan
- Biasa terbentuk di kulit muka.
- Parut ini terbentuk apabila kolagen yang dihasilkan tidak mencukupi semasa proses penyembuhan luka.
- Parut atropik boleh dikelaskan kepada tiga kategori:
a) Parut Rolling
- Jenis parut yang paling biasa terbentuk ketika penyembuhan jerawat yang meradang dengan lama.
- Parut ini nampak bulat atau bergulung (rolling).
b) Parut Boxscar
- Parut ini berbentuk “U” dan nampak bagai kotak (box).
- Boleh disebabkan oleh chicken pox, atau jerawat yang berkelompok dekat di atas kulit.
c) Parut Ice Pick
- Parut mendalam dan nipis .
- Parut ini biasanya timbul selepas jerawat yang jenis serius sembuh.
- Parut ini paling sukar untuk dirawat kerana parut ini akan meregang jauh di bawah permukaan kulit.
2) Parut Hypertrophic
Parut ini akan terjadi apabila kulit menghasilkan terlalu banyak kolagen semasa penyembuhan jerawat, menyebabkan parut yang nampak berketulan.
3) Hyperpigmentasi
Ini adalah bintik-bintik gelap atau warna kulit yang tidak seimbang, ia biasanya disebabkan oleh keradangan jerawat.
Solusi Terbaik Merawat Parut Jerawat
Ramai yang telah berjaya miliki kulit wajah diinginkan selepas menggunakan Bougas Beauty
Jom dengar apa kata mereka yang telah menggunakan Bougas Beauty